"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".
Huhuhuhuh........ termenung & berfikir panjang bila membaca kata-kata diatas.... betapa mendalamnya maksud diatas...
Aku suka membaca & menambahkan ilmu coz aku tahu setiap hari adalah proses pembelajaran.. terlalu bnyk ilmu agama yang belum aku tahu & praktikan..
So aku decide untuk hantar anakku Irdina ke pusat tahfiz yang aku rasa boleh mempercayai kredibilitinya walaupun kosnya agak mahal.. Al-quran adalah segala-galanya... Biar dari kecil dia pandai baca quran coz ilmu2 lain boleh jer dapat bila dia besar nnti.... Aku nk anak aku jadikan al-quran sebagai kawan didunia... insyaallah....
Dipetik dari blog darwishndarwisya...
" Kalau kita lihat sejarah ilmuwan islan semasa zaman islam gemilang, semuanya memulakan pendidikan sejak dari kecil lagi. Mereka bukanlah terus menjadi orang bijak pandai secara tiba2. Majoriti mereka telah menghafaz seluruh al quran sejak kecil sebelum berpindah ke cabang-cabang ilmu matematik, kimia, fizik, astrologi dan lain.lain.Cara begitulah ilmuwan islam seperi al-khawarizmi, ibnu khaldun, ibnu Rushd, ibnu Sina al Farabi, ibnul Khaitam dan lain-lain lahir. Jika difikirkan banyak benarnya juga. Ikut kajian sains, kanak-kank yang belajar menghafal akan meningkatkan kausa otak kiri mereka. Otak kiri bertanggungjawab untuk prosed berfikir secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa. Sementara Otak kanan pula untuk berfikir secara holistik seperti berkaitan dengan seni, muzik dan lain-lain."
No comments:
Post a Comment